MENJADI AHLI

Syarat Menganggotai RELA


Syarat-Syarat Am Untuk Menjadi Ahli RELA :

Warganegara Malaysia

Umur 18 tahun dan ke atas

Sihat tubuh badan

Kecuali :

Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.

Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.

Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.

Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia.

Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja dalam perkhidmatan itu.

Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan.

Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia.

Anggota-anggota Pasukan Polis.

Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.

Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar.

Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.

Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.


Kembali


Mar 2024 © Jabatan Sukarelawan Malaysia
Kementerian Dalam Negeri