Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak untuk menjadi seorang anggota RELA.
Selain itu, mereka mestilah sihat tubuh badan dan sedia berkhidmat dengan semangat kesukarelaan yang tulen.
Faedah
-Pakaian seragam operasi secara percuma.
-Peluang mengikuti kursus dan latihan secara percuma dengan dibayar elaun dan disediakan tempat penginapan dan makanan secara percuma.
-Meningkatkan peluang kerjaya dengan lain-lain agensi dan syarikat
keselamatan.
Fungsi dan tugas RELA
-Kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
-Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat.
-Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian.